Wanita Tidur dan Pasu Hitam

Wanita Tidur dan Pasu Hitam (Bahasa Hungary : Alvó nő fekete vázávalcode: hu is deprecated ) ialah lukisan minyak 1927–1928 oleh Róbert Berény. Ia ialah gambaran isteri pelukis yang sedang tidur berbaring berpakaian biru di sebalik meja yang terdapat pasu hitam. Lukisan tersebut dijual pada tahun 1928 dan dianggap hilang selepas Perang Dunia II.Ia telah dilelong sebagai karya Róbert pada pertengahan 1990-an dan, dengan karyanya yang dinilai murah pada ketika tersebut, kemudian dijual kepada Sony Pictures, yang menggunakannya dalam filem 1999 Stuart Little sebagai hiasan latar di rumah watak utama. Pada tahun 2009, sejarawan seni Gergely Barki mengenalpasti lukisan tersebut semasa menonton filem tersebut bersama anak perempuannya, dan menjejakinya. Ia dimiliki oleh pereka latar, yang menjualnya kepada pengumpul seni, yang menjualnya di lelongan pada 2014 dengan harga $285,700.

Rujukan

WikiPedia: Wanita Tidur dan Pasu Hitam http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20141214000... http://nol.hu/kultura/hazatert-a-hollywoodi-filmbe... https://www.cbc.ca/radio/asithappens/friday-ray-ri... https://dailynewshungary.com/lost-and-found-bereny... https://www.ign.com/articles/2014/12/01/long-lost-... https://www.theguardian.com/artanddesign/2015/jul/... https://www.theguardian.com/world/2014/dec/12/robe... https://24.hu/kultura/2014/11/26/a-nagy-kepvadasza... https://www.artmagazin.hu/articles/archivum/89c149... https://index.hu/kultur/2014/11/26/a_stuart_little...